ISLAM: WAHYU DAN AKAL
PENGANTAR FILSAFAT
DOSEN PENGAJAR: WIRA
SUGIARTO, S.it, M.pdi
DISUSUN OLEH: IMAM
ASNAWI
SEKOLAH TINGGI AGAMA
ISLAM NEGERI BENGKALIS (STAIN)
TAHUN AKADEMI 2015/2016
ISLAM :
WAHYU DAN AKAL
Islam pada abad
pertengahan adalah Islam yang besar. Yang mana banyak berlahiran para
pemikir-pemikir Islam. Seperti Ibnu Sina (avicenna) yang terkenal dengan ilmu
kedokterannya. Bahkan tebersit kabar buku ensiklopedi kedokteran yang Ia tulis
mampu menguasai eropa selama hampir 500 tahun di jadikan sebagai landasan ilmu
kedokteran disana. Lain halnya dengan Ibnu Rusyd (averous) tokoh Islam dari
Spanyol ini terkenal dengan buku filsafatnya yang mengkritik buku tulisan Al
ghazali, sedangkan Al Farabi adalah salah satu tokoh Islam yang sungguh
keterlaluan cemerlang otaknya. Dan masih banyak lagi.
Pada
pertengahan abad lalu Islam tengah menikmati masa keemasannya. Itu bertepatan
pada massa pemerintahan tiga Dynasti yaitu Umaiyah, Abbasiyah, dan
Fatimiyah. Disitulah Islam sedang menguasai Eropa. Peradaban besar Islam mulai
di bangun.
Andalusia
menjadi pusat peradaban pendidikan dunia. Disini banyak didirikan
universitas-universitas Islam, pusat para Ilmuan-ilmuan Islam melakukan
pengkajian, penelitian, serta pengembangan Ilmu pengetahuan. Tak ketinggalan
gedung perpustakan nan megah didirikan disini. Sehingga mengundang banyak orang
dari seluruh penjuru berdatangan untuk menimba ilmu di sini.
Semua itu
terjadi karena Islam gemar sekali melakukan pengkajian. Menelaah suatu kasus.
Mengkaji atau menfsirkan Al-Quran. Lantas hasilnya mereka tulis dan dibukukan.
Itulah budaya Islam dahulu. Yang mampu membawa ke masa keemasannya.
Mereka gemar
sekali berfikr. Seolah itu menjadi sarapannya. Dan kemudian mengabadikannya
dalam bentuk tulisan-tulisan. Elok sekali budaya Islam tempo dulu. Berfikir dan
Menulis adalah budaya yang berhasil membawa ke masa emas.
Islam bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.
Al-Quran diturunkan 15 abad yang lalu mengandungi peringatan dan koreksi diri
yang dalam dan kuat luar biasa serta memiliki sifat-sifat yang dinamik singkat
tapi amat kuat. Peringkat awal adalah tahap tingkat kesedaran manusia dalam
kenyataan eksistensinya di tengah masyarakat yang selanjutnya mengatur hubungan
individu dan masyarakat serta Tuhan.
Al-Quran adalah kitab Tuhan yang diturunkan kepada
nabi Muhammad yang direalisasikan dalam praktik kehidupannya. Al-Quran adalah
firman Tuhan yang diturunkan ke dalam hati Muhammad yang diucapkannya dan
dipraktekkannya sepanjang hidupnya. Al-quran adalah wahyu. Islam adalah agama
wahyu. Al-Quran identik dengan Islam. Kitab Tuhan itu mutlak benar. Apapun yang
diungkapkannya adalah sumber kejayaan umat manusia. Gagal mematuhi kitab Tuhan
akan membawa kehancuran dan kerusakkan kepada siapapun. Kitab Tuhan menapis kitab-kitab
lain yang membawa kepalsuan. "Tuhan menghapuskan kepalsuan dan memusnahkan
kepalsuan dan membenarkan kebenaran dengan kalimahNya." (42:24). Apapun
teori, apapun gagasan, dari manapun dan siapapun yang mengutarakannya tetap
punya nilai relatif, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh membaca kitab lain.
Pengalaman nabi ketika
menerima wahyu yang pertama, ketika Ia menyatu dalam kesedaran yang paling
dalam disertai dengan gejala-gejala fizik pernah diklaim oleh para orientalis
maupun sejarahwan modern bahawa nabi Muhammad menderita penyakit "gila
babi".Ternyata pernyataan tersebut hanyalah tuduhan belaka yang sengaja
dibuat untuk menghancurkan keotentikkan al-Quran kerana pengalaman tersebut
terjadi setelah beliau berumur 40 tahun yang tidak pernah berlaku sebelum
karier kenabiannnya. Hadis menceritakan pengalaman seperti ini berlaku pada
waktu penerimaan wahyu dan tidak pernah terjadi secara terpisah, lalu kenapa
penyakit ini tidak diketahui oleh penduduk Mekah atau Madinah waktu itu. Namun
keotentikan al-Quran terjaga dan cabaran Tuhan untuk memusnahkannya tidak
pernah berjaya. Ia tetap unggul.
Quran menceritakan tentang
kisah kejatuhan kaum atau bangsa dan tamaddun dalam zaman purba seperti Firaun,
Aad, Tsamud, Midian, Yunani dan Romawi, begitu juga dengan tamaddun Islam yang
pertama, kerana pengabaian terbesar ialah pengabaian terhadap al-Quran. Umat
Islam telah mengamalkan politik puak-puak dan faksionalisme, faham kesukuan
sehingga terjadi perebutan kuasa di antara tokoh-tokoh pemimpin. Quran melarang
kezaliman, cara hidup mewah dan membazir tetapi malah ini yang dilakukan.
Gerakan kebangkitan semula
Islam dengan slogan kembali kepada kitab Allah adalah satu-satunya jalan
kejayaan. Jalan lain adalah jalan kegagalan. Orang Barat menganggap masyarakat
Islam sejak abad ke 13H/19M adalah satu masyarakat yang mati yang menerima
pukulan-pukulan dari pengaruh Barat. Tetapi gerakan modern telah berusaha
membangun kembali umat Islam yang antara lain diketuai oleh Jamaluddin Al-Afghani,
Muhammad Abduh, Muhammad Rasyid Ridha, Muhammad Ali B. Abdul Wahab, Sayid Ahmad
Khan, Muhammad Iqbal, Muhammad Ali dan banyak lagi.
Sayid Ahmad Khan pernah
berkata, "Jika masyarakat kita tidak menghentikan pemahaman agama secara
membuta, apabila mereka tidak mencari cahaya yang ada di dalam al-Quran dan
al-Hadis yang tidak diperselisihkan lagi kebenarannya dan tidak menyesuaikan
agama dengan ilmu pengetahuan masa kini maka Islam akan lenyap."
Panduan pertama ialah
al-Quran. As-Syahid Sayid Qutb pernah mengatakan, "generasi pertama adalah
generasi terbaik, generasi Quranik sementara Hadis adalah photostate daripada
al-Quran." Sementara tokoh-tokoh modernis yang menyerukan supaya umat
Islam kembali kepada kitab Allah, tokoh-tokoh Barat pula mengkhuatirkan keadaan
ini. Gladstone, bekas Perdana Menteri Inggeris berkata,"Selagi al-Quran
berada di tangan kaum muslimin maka selama itulah penjajahan Eropah tak dapat
menguasai dunia Timur." Misioneris Takley berkata, "Kita mesti menggunakan
al-Quran. Al-Quran merupakan senjata yang ampuh untuk melawan Islam. Kita mesti
erangkan kepada kaum muslimin bahawa kebenaran dalam al-Quran bukanlah benda
baru dan yang baru di sini bukanlah kebenaran."
Panduan kita yang kedua ialah
al-Hadis yang dinyatakan sebagai tingkat kedua setelah al-Quran.Al-Hadis sering
mendampingkan rasulullah dengan Allah bila berbicara tentang otoriti yang
memerintahkan kaum beriman supaya beriman kepada Allah dan RasulNya.
"Tidak demi Tuhanmu mereka tidak akan dikatakan beriman, sehingga mereka
berhakim kepadamu dalam perselisihan mereka dan tidak keberatan dalam hati
mereka mengenai keputusan yang engkau berikan tetapi tunduk kepadanya dengan
sepenuh hati."An-Nisa':46. Selanjutnya dengan hujah-hujah naqli maupun
aqli para pemikir Islam dari dulu hingga sekarang telah sepakat menerima Hadis
sebagai sumber norma dalam al-Quran.
Memang ada sebagaian pemikir
Islam yang terpengaruh dengan cara pemikir Barat yang bersikap skeptis terhadap
Hadis sebagai status hukum, antaranya mereka berpendapat bahawa selama nabi
hidup, beliau hanya meninggalkan al-Quran sebagai pedoman atau putusan-putusan
keagamaan dan melarang ucapan-ucapannya dicatat kerana khuatir akan bercampur
dengan al-Quran. Mereka juga mendakwa bahawa periode selepas nabi timbulnya
hadis-hadis palsu yang dibuat oleh kaum munafik dan hadis yang sengaja
diada-adakan untuk menguatkan faham, aliran atau sekte tiap golongan
konsekwensinya kesukaran untuk mencari hadis yang benar-benar berasal dari
nabi. Begitu juga tidak adanya jaminan dari yang mutlak, dari Allah untuk
menjaganya daripada penyelewengan seperti penjagaan al-Quran, adalah suatu
kemungkinan yang tipis untuk mengklaim sedemikian banyak materi hadis
betul-betul dari nabi.
Hadis muncul secara besar-besaran
pada abad ke 2H/8M dan dikumpul secara sistematik menjadi kumpulan yang lengkap
dengan matan dan sanad sekitar 200 tahun setelah kewafatan nabi. Paling depan
di antara kitab shahih oleh Muhammad bin Ismail al-Bukhari (194-256H/310-870M),
Muslim Ibnu al-Hajjaj (Wafat 261H/875M), Abu Daud (Wafat 275H/888M), Tirdmidzi
(Wafat 279H/892M), An-Nasai' (Wafat 303H/916M) dan Ibnu Majah ( Wafat
273H/886M). Ahli-ahli sejarah sependapat bahawa kemunculan hadis pertama tanpa
dukungan sanad tetapi setelah disempurnakan dalam ilmu Hadis iaitu kritik
terhadap sanad.
Seorang sahabat, Abu Dzar
dikatakan telah meriwayatkan bahawa nabi pernah mengatakan , "Barangsiapa
yang mengatakan , Tidak ada Tuhan Selain Allah dan Muhammad itu utusan Allah,
Ia akan masuk syurga. Kemudian sahabat bertanya apakah pintu syurga akan dibuka
bagi orang seperti itu walaupun Ia berzina dan mencuri, nabi mengiyakan.
(H.R.Muslim dan Buhkari). Hadis ni dikritik oleh beberapa orang ilmuwan,
misalnya Fazlur Rahman seorang professor Islamic Studies di Chicago University,
asal Pakistan, Ia meragukan hadis ini berasal dari nabi, kerana al-Quran secara
tegas menyatukan antara "AMAL SALEH" dan "IMAN". Secara
history hadis ini dibuat untuk menolak doktrin Khawarij bahawa seseorang yang
berbuat dosa besar adalah kafir yang akhirnya diterima sebagai esensi Islam.
Menolak semua hadis memang
merupakan satu faham yang ekstrim dan tidak berpijak di atas alasan ilmiah
mahupun sejarah, tetapi menerima sepenuhnya juga sangat berbahaya baik ditinjau
secara ilmiah mahupun fakta sejarah dan memang perlu suatu pembuktian bahawa
suatu hadis itu betul-betul berasal dari nabi dan tidak bertentangan dengan
al-Quran.
Dalam shalat nabi adalah satu
figur yang berdiri di tengah-tengah umat Islam pada masa itu, dalam
kesepakatan, konsensus atau ijmak umat yang disaksikan secara kongkrit adalah
satu yang logik praktek shalat yang diajarkan hadis berasal dari nabi meskipun
tidak terperinci dalam al-Quran. Sebelumnya hadis memang wujud di tengah-tengah
kaum muslimin, meskipun tidak tersusun secara sistematik, samada melalui
khutbah yang formal mahupun perjumpaan-perjumpaan kecil yang informal. Tidak
ada keraguan lagi kita harus berpegang teguh dengan Quran sebagai kitab Tuhan
yang primer dan hadis sebagai inteprestasi yang sekunder.
Quran bukanlah kitab misterius
dan sulit digahami sehingga memerlukan berbagai-bagai syarat. Seandainya
demikian Quran tidak akan bisa berbicara kepada umat secara meluas. Memang ada
beberapa masalah yang memerlukan kita berkonsultasi langsung dengan seorang
ahli. Ini berada di daerah kemampuan kita. Ada juga di kalangan umat Islam yang
melarang penafsiran al-quran dengan akal padahal Islam menghargai akal dan
meletakkannya pada posisi yang tinggi. Quran juga bukanlah dalil-dalil mati.
Perintah Tuhan yang pertama kepada umat Muhammad ialah supaya membaca dan
mengkaji, tapi sayang berapa ramai di antara kita yang mahu mengikuti
perintahnya.
Budaya tutup mulut dari semasa
ke semasa semakin melembaga dalam masyarakat Islam. Perasaan takut yang sering
menghantui fikiran menyebabkan kurangnya pembedahan-pembedahan terhadap
masalah-masalah baru. Sensitif terhadap pemikiran-pemikiran baru dan menganggap
tabu pemikiran lama menjadikan umat Islam statik dalam berfikir dengan
tercanangnya ; "penutupan pintu ijtihad" dan berjangkitnya "Roh
Taklid".
Dewasa ini banyak usaha yang
dilakukan oleh orang-orang tertentu untuk memonopoli agama dan menjadikannya
beku, sekaligus berusaha mempertahankan semangat taklidisme dan fanatisme
terhadap fikiran-fikiran lama yang menjadikan manusia jumud, beku dan
terkebelakang, kerana tidak menghormati akal manusia sehingga sanggup menekan
pendapat orang lain demi mempertahankan kepentingannya. Usaha mereka ini telah
melahirkan masyarakat Islam yang merasa rendah diri dan tidak yakin terhadap
kemampuan yang ada dalam membelah cakrawala ilmu pengetahuan.
Pendewaan kepada tok guru,
pemimpin, tokoh-tokoh masyarakat atau para wali sekalipun hanya menjadikan
seseorang itu tidak lagi kritis selain hanya bersikap menolak pendapat orang
lain yang bercanggah dengan pendapatnya dan anutannya. Padahal untuk berfikir
objektif kita harus menjaga daripada sikap suka menolak apa yang nampaknya kita
tidak setuju juga sebaliknya.
Abad matinya dinamika berfikir
di mana manusia beragama secara taklid buta, percaya kepada sesuatu pernyataan
kerana percaya kepada orang yang memberikannya. Pemikiran manusia bagaimanapun,
di manapun, kini atau kemarin tetap punya nilai relatif. Bolah jadi pemikiran
mereka sesuai untuk hari ini tapi tidak akan datang. Penafsiran apapun terhadap
Islam tetap punyai nilai subjektif di samping nilai objektif. Oleh itu kita
harus memberi kepada apapun bentuk pemikiran, pendapat atau wawasan betapapun
aneh kedengarannya tidak jarang ternyata ianya benar di kemudian hari. Apalagi
pada zaman ini para intelektual harus menilai kembali warisan Islam tradisional
dalam menghadapi cabaran zaman yang semakin maju.
Islam menganjurkan kita untuk
mempelajari nilai-nilai universal dari manapun sumbernya, Timur atau Barat,
dengan anjuran atau saranan yang digalakkan oleh Islam tidaklah beerti Islam
itu kurang malah Ia menjadi lengkap dengan adanya motivasi tersebut. H Endang
Saifussin Anshari pernah mengatakan, "Nilai-nilai Islam itu berdemensi
kemarin, kini dan masa depan. Melepaskan diri dari nilai-nilai tradisional yang
negatif dan mencari nilai-nilai yang berorientasikan kepada masa depan iaitu
nilai Islam itu sendiri.
Untuk membina asas satu
tamaddun Islam yang baru kita perlu menghidupkan semula, membangun, memperluas
dan memperdalam gerakan intelektual sebagai asas kepada kebangkitan semula
Islam dengan menghormati akal manusiadisamping memerintahkan bersikap kritis
dan terbuka atas segala sesuatu serta menggalakkan daya inisiatif, mewajibkan
menuntut ilmu melarang taklid buta.
Abad ke-14 di Eropah adalah
abad penguasaan gereja dan berlakunya beberapa tragedi penekanan akal dan
pemikiran yang bertentangan dengan cita rasa pihak gereja. Tragedi dahsyat
inilah yang telah menemukan diri orang-orang Eropah yang menurut para pendita
dan kalangan gereja itulah yang menjadikan sumber kesengsaraan kerana mereka
telah mengabaikan unsur-unsur progresif dan mempopulerkan penuhanan manusia
sehingga bekunya kebebasan dan kemerdekaan. Tetapi di abad ke-15 dan 16 mereka
bangkit secara besar-besaran setelah lama berpijak di atas tradisi dan di abad
ke-17, 18 dan 19 telah memunculkan kelas intelektual yang bebas dan sedar, yang
berfikir, menyelidik, menganalisa, mengevaluasi semua ruang secara kreatif,
kritis, selektif dan cermat yang sekaligus membidani tamaddun dunia abad ke-20.
Abad gereja agama tidak serasi dengan pemikiran atau akal, tetapi Islam tetap
menjunjung penggunaan akal.
Berfikir adalah proses mencari
kebenaran. Sebagai manusia apalagi pelajar yang selalu bergaul dengan fikiran
dan kedisiplinan ilmu wajarlah untuk kita mempertanyakan dan menyelidiki
sesuatu perkara akan kebenarannya. Di abad ini kta perlu melahirkan
intelektual-intelektuan, para ahli fikir yang mampu membimbing umat Islam.
Alangkah prihatinnya kalau kita selalu mengulangi pengalaman orang lain yang
tentunya tidak seiring dengan zaman dan situasi budaya kita. Oleh itu kita
harus menjadikan diri kita siap pakai, harus berani berfikir sendiri dan
berfikir merdeka.
Berfikir merdeka tidak
semestinya menolak segala sesuatu yang datang dari orang lain . Kita tidak
menolak adanya integrasi generasi tua dan generasi muda. Bersikap anarki
menolak segala sesuatu yanpa selektif dan penelitian, jelas itu tidak rasional.
Gagasan intelektual setidaknya membebaskan diri kita dari sikap ketergantungan,
budaya tutup mulut kepada sikap percaya diri. Umat Islam harus mengadakan satu
revolusi berfikir untuk mengintreprestasikan dan formulasi tentang Islam dengan
bahasa abad ilmu pengetahuan dan teknologi dan bersedia menerima nilai atau
norma-norma dari manapun sepanjang ianya bersesuaian dengan Al-Islam itu
sendiri. Tugas kita untuk membersihkan agama Islam dari segala macam bid'ah dan
khurafat yang telah melembaga dan berkembang dalam tubuh umat Islam kepada
kemurnian yang asal seperti yang pernah diajarkan nabi. Muhammad SAW.
"Sampaikanlah berita gembira kepada hamba-hambaKu yang mahu
mendengarkan Qaul; pendapat atau idea; kemudian Ia mengikuti mana yang lebih
baik di antaranya, merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk dan pimpinan
darui Allah dan mereka jugalah orang-orang yang mempunyai akal fikiran yang
jernih." (Az-Zumar: 17-18).
Dalam banyak hal yang
diperselisihkan, umat Islam lebih suka kembali kepada pendapat ulama daripada
merujuk kepada sumber al-Islam itu sendiri… "Apabila kamu bertentangan
dalam satu-satu perkara, maka kembalikanlah kepada Allah dan
RasulNya."(An-Nisa:59), Sikap menelan bulat-bulat tanpa mengunyah dan
merasakan sikap yang menghilangkan daya kreativiti dan inisiatif.
Tidak ada ruginya kalau kita
sama-sama berusaha untuk mendakwahkan al-Islam di manapun. Kalau mungkin secara
organisasi, kalaupun tidak secara persendirian. "Katakanlah olehmu (Wahai
Muhammad): Cuma satu wasiatKu kepadamu iaitu: Bangkitlah berdiri membela agama
Allah, kalau mungkin berdua (bersama orang lain yang mahu diajak serta) apabila
tidak mungkin; Tandanglah ke arena sentana sebatang kara. Dan selanjutnya
janganlah putus-putus kamu BERFIKIR." (As-Saba: 46). "Ingatlah ketika
Rasul akan berkata: "Tuhanku, umatku telah membelakangkan Al-Quran. Umatku
telah menjadikan al-Quran sesuatu yang tidak diperdulikan ." (Al-Furqaan:
25).